PBT

Ingkar notis penutupan, MDHS tutup kilang lebur kuprum

5 Jan 2021, 1:08 AM
Ingkar notis penutupan, MDHS tutup kilang lebur kuprum

SHAH ALAM, 5 JAN: Sebuah kilang yang melakukan proses melebur kuprum tanpa kelulusan di Jalan Zurah 1, Perindustrian Zurah, Hulu Selangor ditutup dalam operasi dijalankan pada 31 Disember lepas.

Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) berkata operasi bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan polis dijalankan selepas premis tersebut melanggar syarat notis penutupan bertarikh 27 November iaitu memecahkan mangga dan rantai serta melakukan proses melebur tanpa kelulusan.

"Semasa siasatan di dalam premis dijalankan, didapati peralatan dalam keadaan panas serta terdapat bahan mentah untuk diproses," katanya menerusi kenyataan semalam.

MDHS berkata ketua pegawai eksekutif syarikat dan wakil premis dipanggil untuk hadir ke premis untuk perbicangan ringkas.

"Notis penutupan dilakukan di bawah Undang-undang Kecil 43(1)(a) dan (b), Undang-undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MDHS) 2007 selama 14 hari berkuat kuasa 31 Disember hingga 13 Januari.

"Pemantauan berkala akan dilaksanakan bagi memastikan premis tidak beroperasi. Pihak kami turut meminta Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Syarikat Air Selangor memotong bekalan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619