AGENSI

Dua kawasan di Hulu Selangor terima bekalan, enam lagi pulih esok

4 Jan 2021, 7:29 AM
Dua kawasan di Hulu Selangor terima bekalan, enam lagi pulih esok

SHAH ALAM, 4 JAN: Bekalan air di Kampung Serigala dan Rumah Murah PKT 2 Sungai Selisek, Hulu Selangor pulih sepenuhnya pada jam 12 tengah hari tadi, menurut Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Ketua komunikasi korporatnya berkata bagaimanapun enam kawasan lagi iaitu Kampung Bahom, Kampung Gesir Tengah, Kampung Orang Asli, Kampung Lalang, Kampung Sekolah/Kuarters Klinik dan Kampung Sungai Nilam/Kampung Seri Pagi hanya dijangka pulih 7 pagi esok.

"Lori tangki masih digerakkan untuk membantu pengguna terjejas.

"Perkembangan lanjut akan dimaklumkan menerusi www.airselangor.com. Pengguna juga boleh merujuk aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau menghubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300," kata Elina Baseri dalam kenyataan hari ini.

Semalam lapan kawasan di Hulu Selangor mengalami gangguan bekalan susulan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selisek berikutan kenaikan air ke tahap kritikal di muka sauk selepas hujan berterusan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619