AGENDA

Vaksin Covid-19 selamat, tiada kesan sampingan jangka panjang - Mosti

4 Jan 2021, 4:32 AM
Vaksin Covid-19 selamat, tiada kesan sampingan jangka panjang - Mosti

KUALA LUMPUR, 4 JAN: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) menegaskan vaksin Covid-19 yang akan diguna pakai nanti tidak memberi kesan sampingan memudaratkan kepada kesihatan untuk jangka masa panjang.

Timbalan Menterinya Ahmad Amzad Hashim berkata vaksin itu telah diuji secara klinikal dan akan dikawal selia Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan.

"Semua vaksin mempunyai kesan sampingan, yang penting kesan sampingan itu tidak teruk dan berbahaya, namun setakat ini berdasarkan data yang kami terima tidak ada kesan serius terhadap vaksin ini.

"Sebahagian besar kesan sampingan adalah sementara sahaja misalnya rasa sakit apabila disuntik, sebahagiannya mungkin demam atau loya," katanya ketika ditemui selepas menjadi tetamu program Jendela Fikir terbitan Bernama Radio hari ini.

Ahmad Amzad berkata pihaknya akan memberi pendedahan dan menyalurkan maklumat yang tepat berkenaan vaksin bagi meyakinkan dan membuang keraguan masyarakat, sekali gus mencapai sasaran 70 peratus rakyat menerima vaksin Covid-19 pada suku pertama tahun ini.

Sehingga ini Malaysia menandatangani perjanjian dengan Pfizer dan BioNTech untuk memperoleh 12.8 juta dos vaksin. Negara juga bakal menerima 6.4 juta lagi dos vaksin daripada AstraZeneca selain daripada beberapa lagi pembekal.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619