AGENDA

Pejabat LHDN Kompleks Bangunan Kerajaan KL ditutup untuk sanitasi

4 Jan 2021, 12:20 AM
Pejabat LHDN Kompleks Bangunan Kerajaan KL ditutup untuk sanitasi

KUALA LUMPUR, 4 JAN: Beberapa pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) di Kompleks Bangunan Kerajaan Jalan Tuanku Abdul Halim ditutup sementara mulai hari ini bagi memberikan laluan kepada kerja-kerja sanitasi.

Bahagian Komunikasi, Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif LHDN dalam satu kenyataan malam tadi memaklumkan tiga pejabat ditutup untuk esok sahaja iaitu Cawangan Siasatan Duta - Blok 8; Cawangan Duta (Penggajian) - Blok 8A dan Cawangan Guaman Kuala Lumpur - Blok 10.

Bagaimanapun Cawangan Tidak Bermastautin - Blok 8; Cawangan Industri Khas - Blok 8; Pusat Bayaran Kuala Lumpur - Blok 8 A (kecuali kaunter bayaran di Aras Tanah beroperasi seperti biasa), manakala Cawangan Duta (Perniagaan) - Blok 10 akan ditutup esok sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Sehubungan itu pelanggan dinasihatkan melakukan semua urusan percukaian secara dalam talian bagi tempoh berkenaan.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara); HASiL Live Chat dan borang maklum balas di portal rasmi LHDNM menerusi pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619