ADN

DUN Bukit Gasing tawar saringan Covid-19 serendah RM30

31 Dis 2020, 3:00 AM
DUN Bukit Gasing tawar saringan Covid-19 serendah RM30
DUN Bukit Gasing tawar saringan Covid-19 serendah RM30

SHAH ALAM, 30 DIS: Penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Gasing boleh melakukan saringan Covid-19 menggunakan kit ujian pantas antigen (RTK-Ag) dengan bayaran serendah RM30.

Wakil Rakyatnya, Rajiv Rishyakaran berkata saringan untuk individu kategori berpendapatan rendah (B40) dijalankan di PJ Polyclinic dan Klinik Kim di Petaling Jaya serta Klinik One Medic, Puchong.

"Syaratnya penduduk hanya perlu bawa kad pengenalan atau bil elektrik dan air sebagai bukti mereka adalah penduduk DUN ini," katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata tawaran turut dibuka kepada orang awam sama ada warganegara atau warga asing dengan caj dikenakan hanya RM70.

Rajiv menjelaskan harga yang ditawar berpatutan berbanding saringan RTK-Ag di tempat lain yang berharga lebih RM130.

Tambahnya, tiada temujanji perlu dibuat sebaliknya mereka boleh terus ke klinik tersebut.

"Inisiatif ini bermula sejak 6 November lalu dan masih berjalan. Tujuan kita buat adalah memastikan lebih ramai disaring demi mengekang penularan Covid-19," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619