AGENDA

SUKMA 2022: MSN Selangor rangka program latihan baharu atlet

30 Dis 2020, 11:58 PM
SUKMA 2022: MSN Selangor rangka program latihan baharu atlet

SHAH ALAM, 31 DIS: Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor giat merangka program latihan baharu untuk atlet susulan penundaan Sukan Malaysia (SUKMA) 2020.

Pengarah eksekutif berkata terdapat perubahan baharu termasuk kekangan atlet untuk menyertai latihan dan melanjutkan pelajaran.

"Perancangan akan dibincangkan bersama persatuan negeri dan jurulatih dalam masa terdekat bagi memutuskan pendekatan perlu diambil menerusi program bakal dilaksana," kata Mohamad Nizam Marjugi ketika dihubungi SelangorKini.

Sementara itu, beliau memaklumkan pihaknya juga akan menggantikan atlet pelapis untuk diserap ke dalam pasukan utama.

Sebelum ini, Kementerian Belia dan Sukan memutuskan temasya dwitahunan di Johor terpaksa dibatalkan ekoran ketidaktentuan penularan Covid-19 yang memasuki gelombang ketiga di negara ini.

Johor diberi tawaran untuk edisi 2022 kerana negeri itu sudah bersedia hampir 99 peratus daripada aspek perancangan, pengurusan, teknikal dan kemudahan pertandingan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619