AGENDA

UK pertama kali catat lebih 50,000 kes Covid-19 sehari

30 Dis 2020, 4:03 AM
UK pertama kali catat lebih 50,000 kes Covid-19 sehari

LONDON, 30 DIS: Britain buat pertama kali merekodkan lebih 50,000 kes Covid-19 semalaman sejak wabak itu merebak di seluruh dunia, menurut angka rasmi dikeluarkan pada Selasa.

Seramai 53,135 lagi penduduk Britain diuji positif virus itu, menunjukkan peningkatan baharu setiap hari. Jumlah kes di negara ini kini sebanyak 2,382,865, lapor agensi berita Xinhua.

Sementara itu, seramai 414 lagi meninggal dunia dalam tempoh 28 hari menjadikan jumlah kematian sebanyak 71,567.

Seorang saintis pada Selasa memberi amaran kepada kerajaan, langkah pencegahan lebih ketat mesti dilaksanakan untuk mengelak "malapetaka" pada tahun baru.

Britain "memasuki fasa baharu pandemik yang sangat berbahaya" disebabkan penularan varian baharu, kata anggota Kumpulan Penasihat Ancaman Kemunculan Virus Baharu (NERVTAG), Profesor Andrew Hayward.

"Kita memerlukan tindakan pencegahan awal dan ketat, untuk mencegah bencana lebih buruk pada Januari dan Februari," katanya kepada program Radio 4 BBC.

"Tahap sekatan sebelum ini tidak mampu berfungsi lagi, sekatan Tahap Empat mungkin diperlukan, atau mungkin lebih daripada itu"

Setiausaha Kesihatan Britain, Matt Hancock dijangka mengumumkan perubahan tahap sekatan pada Rabu.

- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619