ADN

Paya Jaras bakal miliki kompleks niaga moden tahun depan

28 Dis 2020, 9:48 AM
Paya Jaras bakal miliki kompleks niaga moden tahun depan

SHAH ALAM, 28 DIS: Kompleks pasar moden bertingkat bakal dibina di Paya Jaras untuk keselesaan peniaga dan pengunjung dari kawasan sekitar.

Wakil rakyatnya Mohd Khairuddin Othman berkata binaan bagi menggantikan tapak pasar malam di situ akan dilaksana pada pertengahan tahun depan.

"Kompleks ini akan membuka lebih banyak peluang perniagaan baharu dan memberi keselesaan kepada peniaga sedia ada serta pengunjung," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, pelan pembangunan pusat niaga itu masih dalam perbincangan bersama Majlis Bandaraya Shah Alam dan kosnya akan ditentukan kemudian.

Mohd Khairuddin menambah kompleks itu juga bakal memiliki susunan lebih teratur mengikut seksyen barangan basah dan kering.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619