AGENSI

Sanitasi: Pejabat, kaunter Air Selangor Klang ditutup sementara

28 Dis 2020, 5:29 AM
Sanitasi: Pejabat, kaunter Air Selangor Klang ditutup sementara

SHAH ALAM, 28 DIS: Pejabat dan kaunter khidmat pelanggan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) di Klang ditutup dari jam 11 pagi hingga 2.30 petang hari ini.

Agensi berkata penutupan itu bagi proses sanitasi selepas seorang kakitangannya didapati kontak rapat pesakit Covid-19.

"Sebagai alternatif, pelanggan boleh berurusan di mana-mana kaunter khidmat pelanggan Air Selangor berdekatan.

"Untuk pembayaran bil, aduan dan pertanyaan berkaitan akaun, pelanggan digalakkan melayari sesawang Air Selangor dan menggunakan aplikasi mudah alih agensi," katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, pelanggan diminta memakai pelitup muka, mengambil suhu badan, mengguna cecair pembasmi kuman dan mengimbas kod QR MySejahtera atau merekod butiran diri ketika berurusan di kaunter.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619