ADN

ADN: Tanah kosong dikenal pasti bina balai raya Kampung Asahan

27 Dis 2020, 12:35 AM
ADN: Tanah kosong dikenal pasti bina balai raya Kampung Asahan

SHAH ALAM, 27 DIS: Kawasan tanah kosong sedang dikenal pasti bagi pembinaan sebuah balai raya di Kampung Asahan, Kuala Selangor untuk kegunaan masyarakat setempat.

Ahli dewan negeri Bukit Melawati berkata setakat ini tiada tanah kerajaan di kawasan kampung berkenaan selain milik Sime Darby Plantation Berhad (SDP) atau wakaf.

"Saya pernah angkat cadangan tanah Sime Darby (untuk dijadikan balai raya) kepada Dato' Menteri Besar sejak hujung 2018 untuk dipertimbangkan namun belum ada keputusan.

"Bagaimanapun, kita diminta supaya kaji dan teroka lagi kalau ada tanah lain yang sesuai. Saya rasa sangat perlu (pembinaan balai raya) dan akan terus perjuangkan," kata Juwairiya Zulkifli kepada SelangorKini.

Kelmarin, beliau meraikan kedatangan EXCO pembangunan luar bandar merangkap wakil rakyat Tanjung Sepat Borhan Aman Shah yang berkunjung ke kampung terbabit.

Sementara itu, Juwairiya berkata balai raya sedia ada yang terdapat di kampung itu dibina atas tanah milik persendirian ketika pemerintahan terdahulu.

Beliau menjelaskan pemilik tanah terbabit tidak membenarkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Asahan menggunakan kemudahan bangunan tersebut.

"Perkara ini terjadi ketika pemerintahan lama menyebabkan kerugian kepada Kerajaan Negeri dan permasalahan kepada pengurusan hari ini," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619