ADN

ADN Dengkil bantu 50 keluarga, warga emas terkesan Covid-19

26 Dis 2020, 3:49 PM
ADN Dengkil bantu 50 keluarga, warga emas terkesan Covid-19
ADN Dengkil bantu 50 keluarga, warga emas terkesan Covid-19

SHAH ALAM, 26 DIS: Ahli Dewan Negeri (ADN) Dengkil menghulurkan bantuan kepada 50 keluarga berpendapatan rendah yang terjejas susulan Covid-19 di Olak Lempit dan Taman Changgang Jaya, Bukit Changgang, semalam.

Adhif Syan Abdullah berkata sumbangan merupakan barangan makanan asas seperti beras, minyak masak, susu, gula, sardin, biskut, bihun, mi segera dan tepung.

"Selain itu, saya turut beri bantuan kewangan dan enam kerusi roda kepada warga emas. Semoga bantuan ini dapat meringankan beban dan memudahkan pergerakan mereka.

"Sejajar konsep ‘Dengkil Care', kami menggalakkan lebih ramai rakyat dan agensi bantu masyarakat yang memerlukan,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata inisiatif itu juga dapat merapatkan hubungan silaturahim antara wakil rakyat dan penduduk.

Program ziarah itu turut disertai beberapa majlis perwakilan penduduk dan Pasukan Sukarelawan Dengkil Care.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619