AGENDA

Kualiti makin baik, Sungai Klang diyakini bakal jadi sumber air

24 Dis 2020, 3:20 PM
Kualiti makin baik, Sungai Klang diyakini bakal jadi sumber air
Kualiti makin baik, Sungai Klang diyakini bakal jadi sumber air

SHAH ALAM, 24 DIS: Kerajaan Negeri yakin sasaran menjadikan Sungai Klang sebagai sumber bekalan air mampu direalisasi berikutan tahap kualiti airnya yang semakin baik.

EXCO infrastruktur berkata program pembersihan dan pemuliharaan sungai melalui projek Gerbang Maritim Selangor (SMG) bermula 2016 berjaya mengembalikan ekosistem semula jadi kawasan itu.

"Indeks kualiti air semakin baik hasil pembersihan dan pemuliharaan, jadi kita yakin dapat merealisasikan hasrat menjadikan Sungai Klang sebagai sumber air baharu Selangor.

[caption id="attachment_454564" align="alignleft" width="500"] Ir Izham Hashim berucap pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Sungai Klang Link Sdn Bhd dan Landasan Lumayan Sdn Bhd di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 24 Disember 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

"Usaha mengindahkan sungai turut mendorong pelbagai syarikat untuk melabur serta bekerjasama membangunkan sekitar kawasan tersebut," kata Ir Izham Hashim di sini.

Beliau ditemui selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Landasan Lumayan Sdn Bhd dan Sungai Klang Link Sdn Bhd bagi melaksana projek jaringan perhubungan sekitar Sungai Klang.

Pada 18 Ogos, Dato’ Menteri Besar berkata kualiti air Sungai Klang berada pada tahap tiga atau sederhana baik yang selamat untuk aktiviti sukan air.

Dato' Seri Amirudin Shari menambah kualiti tersebut juga sesuai diproses sebagai air terawat, namun memerlukan kos yang tinggi.

Projek SMG adalah inisiatif Kerajaan Negeri yang memfokuskan kepada penjanaan semula Sungai Klang melibatkan tiga aktiviti utama iaitu pembersihan, pemuliharaan dan pembangunan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619