AGENDA

KEADILAN cadang agihan Ehsan ASB dikekal, tumpu golongan B40

23 Dis 2020, 9:08 AM
KEADILAN cadang agihan Ehsan ASB dikekal, tumpu golongan B40

SHAH ALAM, 23 DIS: Pemberian dividen khas bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) perlu dikekalkan dengan keutamaan kepada akaun golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40).

Wakil rakyat Setiawangsa berkata langkah itu bagi memastikan golongan terbabit mendapat keuntungan lebih tinggi berbanding pemegang unit yang memiliki jumlah pelaburan besar.

Nik Nazmi Nik Ahmad menjelaskan hampir 80 peratus atau 7.4 juta pemegang unit ASB mempunyai unit kurang RM5,000 pada 2018 sementara 0.24 peratus memiliki RM500,001 dan ke atas.

Menurutnya, pemegang unit ASB dalam kalangan B40 hanya mempunyai RM4.1 bilion manakala 9.15 peratus teratas mempunyai RM127.5 bilion dalam dana unit amanah.

"Pendekatan ASB selama ini relevan ketika penubuhannya dahulu tetapi perlu ada penyesuaian agar penerima manfaat terbesar adalah golongan Bumiputera B40 dan M40," katanya yang juga ketua pengelola setiausaha Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dalam kenyataan.

"Saya berasa tiba masanya untuk Permodanan Nasional Berhad (PNB) menjadikan pemberian dividen bertingkat sebagai dasar tetap bagi akaun B40 dan M40 seperti dilaksana Kumpulan Wang Simpanan Pusat Singapura."

PNB hari ini mengumumkan agihan pendapatan 5.0 sen seunit untuk dana unit ASB bagi tahun kewangan berakhir 30 Disember 2020.

Pendapatan merangkumi 4.25 sen seunit dan agihan Ehsan 0.75 sen seunit bagi 30,000 unit pertama sempena ulang tahun ke-30 ASB.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619