EXCO

PBT diminta bantu pesuruhjaya bangunan atasi isu berbangkit bawah JMB

23 Dis 2020, 5:20 AM
PBT diminta bantu pesuruhjaya bangunan atasi isu berbangkit bawah JMB

SHAH ALAM, 23 DIS: Pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu memberi keutamaan kepada pesuruhjaya bangunan (COB) untuk menyelesaikan isu berbangkit di bawah badan pengurusan bersama (JMB).

EXCO perumahan berkata pelbagai isu timbul tidak dapat diuruskan dengan baik memerlukan pembabitan COB yang mahu Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor(LPHS) menekan PBT supaya meletakkan perkara itu di bawahnya untuk senarai semak utama.

"Jadi COB menjadi perkara pertama untuk saya selesai tahun hadapan. Kita akan lihat masalah berbangkit dalam JMB dan bagaimana untuk tangani supaya tidak timbul isu tuding-menuding antara satu sama lain," kata Rodziah Ismail pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Perumahan Selangor Bilangan 2/2020 di Hotel De'Palma di sini semalam.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya berdepan isu membabitkan perumahan yang bertukar daripada kediaman kepada hotel suite dan kondominium hotel (Kondotel).

"Ini antara perkara baharu sejak dua tahun kebelakangan ini kerana ada pihak pada asalnya memohon bina hotel tetapi berubah dan begitu juga unit apartment yang dipromosikan sebagai Airbnb.

"Justeru, kita berasakan perlu ada jalan penyelesaian dengan mewujudkan dasar baharu untuk isu seperti ini," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619