AGENSI

Isu tadbir urus Yayasan Selangor selesai, operasi ikut tatacara SSM

22 Dis 2020, 8:47 AM
Isu tadbir urus Yayasan Selangor selesai, operasi ikut tatacara SSM

SHAH ALAM, 22 DIS: Yayasan Selangor yang beroperasi sebagai sebuah syarikat berhad menurut jaminan dan berdaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah menyelesaikan isu tadbir urus yang tertunggak sejak 2015.

Agensi Kerajaan Negeri itu berkata Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor mengambil langkah proaktif bagi memperkemas isu tersebut melalui pelantikan ketua pegawai eksekutif baharu pada Julai tahun lalu dan meluluskan pelan tindakan strategik enam bulan selepas itu.

"Untuk makluman terkini, senarai ahli lembaga pemegang amanahnya dikemas kini di SSM pada 14 September selaras dengan keperluan Akta Syarikat 2016.

"Manakala penyata kewangan beraudit bagi tahun kewangan 2015 sehingga 2019 disiap dan diluluskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Yayasan Selangor Ke-43 pada 18 Disember lalu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari selaku Pengerusi Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor memberi penjelasan terhadap soalan dikemukakan Ketua Pembangkang Rizam Ismail ketika sidang Dewan Negeri Selangor pada 11 November mengenai penyataan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) terhadapnya.

Yayasan itu memaklumkan Amirudin dalam ucapan penangguhan pada Mesyuarat Agung Tahunan Yayasan Selangor Ke-43 menyatakan pengurusannya dan Kerajaan Negeri bersedia untuk maju bersama dengan memastikan penjanaan pendapatan yang berterusan.

Amirudin berkata kelangsungan pendapatan itu penting untuk mencapai obkjektif penubuhannya dan berharap pemegang taruh memberi sokongan serta kerjasama dalam memastikan pelan penstrukturan semula berjaya dicapai.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619