AGENDA

Sitec lahir 650 usahawan e-dagang, mahu perluas ke luar bandar

22 Dis 2020, 3:10 AM
Sitec lahir 650 usahawan e-dagang, mahu perluas ke luar bandar

SHAH ALAM, 23 DIS: Majlis Teknologi Maklumat dan E-Dagang Selangor (Sitec) berjaya melahirkan 650 peniaga melalui platform itu sejak 2015.

Ketua Eksekutifnya Yong Kai Ping berkata agensi itu turut membantu seramai 90 pakar penyedia perkhidmatan dalam landasan digital ekonomi.

"Sitec menggalakkan lebih ramai peniaga menceburi e-dagang ketika dunia dilanda Covid-19 dan akan memperluas program ini ke kawasan luar bandar bagi memastikan tiada yang ketinggalan," katanya pada program bual bicara anjuran Media Selangor di sini malam tadi.

Jelas Kai Ping, Sitec menyasar untuk membantu 100 lagi usahawan e-dagang tahun depan dan 30 pakar penyedia perkhidmatan dalam platform itu.

Katanya, agensi berkenaan turut mengadakan anugerah peniaga e-dagang bagi usahawan yang memiliki kualiti perkhidmatan, kreatif dan inovasi.

"Peniaga perlu bijak mempromosi produk mereka supaya 80 peratus pelanggan ulang beli sementara 20 peratus lagi mendapatkan pelanggan baharu," kata Kai Ping lagi.

Sejak ditubuhkan, Sitec menganjurkan hampir 100 program bagi membantu usahawan menceburi perniagaan digital sesuai perkembangan masa kini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619