SELANGOR

TNB santuni pendayung sampan santuari kelip-kelip terjejas Covid-19

21 Dis 2020, 3:42 AM
TNB santuni pendayung sampan santuari kelip-kelip terjejas Covid-19

SHAH ALAM, 21 DIS: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyantuni 36 pendayung sampan Santuari Kelip-Kelip Kampung Kuantan, Kuala Selangor ekoran pendapatan mereka terjejas akibat wabak Covid-19.

Pengurus Besar (Hal Ehwal Korporat) Datuk Omar Sidek berkata sumbangan berjumlah RM25,500 disampaikan dalam satu majlis pada 17 Disember lalu.

“TNB peka dengan keadaan ekonomi pendayung sampan di Santuari Kelip-Kelip Kampung Kuantan yang tidak lagi menerima kedatangan pengunjung seperti dahulu.

“Sebagai melaksanakan tanggunjawab sosial, TNB menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mereka yang terjejas agar dapat bangkit semula dengan lebih kuat apabila keadaan mengizinkan," katanya dalam kenyataan.

Menurut Omar, Kampung Kuantan merupakan kampung angkat TNB selaras dengan keprihatinannya terhadap masyarakat setempat dan alam sekitar bagi manfaat generasi akan datang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619