AGENDA

Ringgit dibuka rendah, dolar AS terus mengukuh

21 Dis 2020, 2:55 AM
Ringgit dibuka rendah, dolar AS terus mengukuh

KUALA LUMPUR, 21 DIS: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini dengan matawang dolar terus mengukuh, dirangsang oleh berita menggalakkan mengenai perjanjian pakej rangsangan AS untuk Covid-19.

Pada 9.07 pagi, ringgit disebut harga pada 4.0430/0470 berbanding dolar AS daripada 4.0375/0415 Jumaat lepas.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi Strategist Stephen Innes berkata meskipun para penggubal undang-undang AS telah bersedia untuk meraikan pemeteraian perjanjian pakej rangsangan berkenaan, pelabur Asia masih merasakan pasaran mata wang akan bergerak tidak menentu.

Ini ialah kerana terdapatnya kegiatan penjualan ke atas mata wang pound Britain dan euro pada awal dagangan berikutan kebimbangan kian meningkat terhadap penularan Covid-19 menjelang musim percutian di Eropah, katanya.

“Namun, dengan tiadanya lagi persepakatan ke atas perjanjian rangsangan AS dicapai, diikuti dengan lebih banyak sekatan pergerakan, pasaran dijangka bergerak tidak menentu,” kata beliau.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama yang lain.

Unit tempatan meningkat sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.0387/0422 daripada 3.0389/0428 ketika ditutup pada Jumaat dan lebih tinggi berbanding euro kepada 4.9414/9475 daripada 4.9451/9512.

Bagaimanapun, ia menyusut berbanding yen Jepun kepada 3.9123/9166 daripada 3.8983/8029 Jumaat lepas dan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.4200/4262 daripada 5.4474/4540 sebelumnya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619