AGENDA

Kaunter LHDN Cheras ditutup bermula esok untuk sanitasi

20 Dis 2020, 5:25 AM
Kaunter LHDN Cheras ditutup bermula esok untuk sanitasi

KUALA LUMPUR, 20 DIS: Seluruh tingkat enam dan sembilan pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) cawangan Cheras akan ditutup sementara bermula esok sehingga ke suatu tarikh yang akan diumumkan kelak bagi memberi laluan kepada kerja sanitasi.

"Penutupan sementara ini akan melibatkan semua kaunter setempat mengendalikan khidmat nasihat percukaian dan kaunter bantuan khas kerajaan yang mengendalikan Bantuan Sara Hidup, Bantuan Prihatin Nasional dan Geran Khas Prihatin," menurut LHDN dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, kaunter duti setem dan cukai keuntungan harta tanah yang berada di tingkat tujuh tidak terjejas dan akan beroperasi seperti biasa sebagaimana waktu operasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sehubungan itu, dalam tempoh tersebut pelanggan dinasihatkan supaya melakukan semua urusan percukaian secara dalam talian.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-89111000 atau 603-89111100 (luar negara), HASiL Live Chat dan borang maklum balas di portal rasmi LHDN di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619