SELANGOR

Tiga warga Myanmar ditahan miliki dadah bernilai RM145,000

19 Dis 2020, 3:38 PM
Tiga warga Myanmar ditahan miliki dadah bernilai RM145,000

KUALA LUMPUR, 19 DIS: Polis menahan tiga lelaki warga Myanmar yang disyaki memiliki dadah bernilai RM145,000, hasil serbuan yang dilakukan di Taman Prima Selayang, Batu Caves pada pagi Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe berkata ketiga-tiga suspek yang berumur antara 29 hingga 46 tahun itu ditahan dalam serbuan pada 10.05 pagi, ketika berada berdekatan dengan dua buah kenderaan mereka yang diletak di hadapan sebuah pasar mini di kawasan itu.

"Hasil pemeriksaan, polis menemukan tiga peket plastik lutsinar yang disyaki dadah jenis syabu bernilai RM135,000 di dalam kereta jenis Honda City, manakala dua plastik lutsinar yang disyaki dadah jenis heroin bernilai RM10,000 ditemukan dalam kenderaan Perodua Kembara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Arifai berkata hasil saringan air kencing dijalankan mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah jenis methamphetamine, namun tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Kesemua suspek kini, katanya direman selama tujuh hari bermula semalam sehingga 24 Dis ini, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619