AGENDA

Dr M antara 1,000 pemimpin beri penghormatan akhir jenazah Tun Rahah

19 Dis 2020, 4:27 AM
Dr M antara 1,000 pemimpin beri penghormatan akhir jenazah Tun Rahah
Dr M antara 1,000 pemimpin beri penghormatan akhir jenazah Tun Rahah

KUALA LUMPUR, 19 DIS: Hampir 1,000 tetamu terdiri orang kenamaan, wakil rakyat dan orang ramai hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Tun Rahah Mohamad Noah di Masjid Ar-Rahah Kerinchi.

Antara yang hadir ialah Tun Dr Mahathir Mohamad; isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; bekas Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.

Turut memberi penghormatan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim; Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok; Ahli Parlimen Bakri, Yeo Bee Yin dan Ahli Dewan Negeri (ADN) Ketari, Young Syefura Othman.

[caption id="attachment_453921" align="alignnone" width="743"] Orang ramai turut hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah di Masjid Ar-Rahah, Kerinchi pada 19 Disember 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Terdahulu, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang diiringi Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berangkat memberi penghormatan terakhir kepada ibu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tun Rahah, 87, yang juga ibu kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meninggal dunia di Pusat Perubatan Prince Court petang semalam.

Jenazah akan dimandi dan dikafankan di Masjid Ar-Rahah sebelum dikebumikan di Lingkaran Makam Pahlawan, Masjid Negara.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619