AGENSI

Maqis tahan dua ekor kucing import dari Ukraine

18 Dis 2020, 8:00 AM
Maqis tahan dua ekor kucing import dari Ukraine

PUTRAJAYA, 18 DIS: Dua ekor kucing British Shorthair yang diimport dari Ukraine ditahan di Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Rabu lepas setelah nombor mikrochip pada haiwan itu didapati berbeza, daripada dokumen permit import yang diisytiharkan.

Pengarah Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor Dr Tarmisal Alimin berkata Maqis mengesan kesalahan nombor mikrochip pada dua ekor kucing itu, ketika melakukan pemeriksaan di Kompleks Kargo KLIA.

“Nombor mikrochip yang terdapat pada badan kucing jenis British Shorthair itu, tidak sama dengan dokumen permit import yang diisytiharkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata mengimport haiwan kesayangan dengan mengisytiharkan maklumat palsu, tidak tepat, atau mengelirukan, merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 13, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011, yang boleh didenda tidak melebihi tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

“Pihak Maqis sentiasa teliti dalam melakukan pemeriksaan bagi setiap komoditi haiwan, tumbuhan serta karkas sama ada yang diimport atau dieksport bagi mengawal dan menjaga biosekuriti dan kawalan penyakit serta keselamatan makanan di dalam negara kita,” katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619