AGENDA

Underwater World Langkawi sambut kelahiran dua anak penguin Afrika

18 Dis 2020, 4:10 AM
Underwater World Langkawi sambut kelahiran dua anak penguin Afrika

LANGKAWI, 18 DIS: Underwater World Langkawi (UWL) menyaksikan kelahiran dua lagi anak penguin spesies Afrika, menjadikan keseluruhan 158 ekor penguin spesies itu dilahirkan di pusat tarikan pelancong tersebut sejak 2007.

Pegawai Veterinar UWL Dr Najmi Hazira Hamzah berkata kelahiran menerusi penetasan telur pada 10 Disember itu juga merupakan yang pertama untuk tahun ini.

“Kelahiran dua ekor burung akuatik ini menambah ahli keluarga penguin Afrika di UWL kepada 66 ekor,” katanya kepada Bernama.

Katanya anak penguin terbabit akan dipantau dan diajar untuk makan sehingga boleh berdikari sebelum dilepaskan dalam kurungan pameran.

Dr Najmi Hazira berkata selain penguin spesies Afrika, UWL turut memiliki 25 ekor penguin spesies Rockhopper,

Sementara itu, Kurator Kanan UWL Ariati Sari Ibrahim berkata pusat tersebut menerima kumpulan pertama sebanyak 18 ekor penguin pada 2005 daripada sebuah zoo di Amerika Syarikat dan menyaksikan kelahiran pertama di UWL pada 2007.

"Penguin spesies Afrika hidup di subtropika, jadi tidak memerlukan ais atau salji serta boleh bertahan dalam keadaan suhu hingga 27 darjah Celsius. Oleh itu di UWL kita tetapkan suhu antara 18 hingga 22 darjah Celsius untuk menempatkan penguin spesies tersebut,” katanya.

Beliau juga berkata UWL mengamalkan proses pembiakan normal iaitu induk terlibat dalam semua peringkat termasuk membesarkan anak terbabit.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619