AGENDA

50 petugas hospital Klang dijangkiti Covid-19

17 Dis 2020, 12:08 PM
50 petugas hospital Klang dijangkiti Covid-19

SHAH ALAM, 17 DIS: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) mengesahkan seramai 50 petugas kesihatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dijangkiti Covid-19.

Pengarahnya Dato' Indera Dr Sha'ari Ngadiman berkata kesemua petugas terbabit kini mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh.

"Siasatan pasukan JKNS dan HTAR tidak dapat mengenal pasti punca jangkitan petugas kesihatan berkenaan sama ada berlaku sebelum pesakit dimasukkan ke dalam hospital atau semasa pesakit berada dalam tempoh inkubasi selama 14 hari.

"Namun keadaan terkawal, kesemua kontak sudah disaring dan diletakkan di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO). Semua pesakit yang kontak kepada kes juga disaring," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau juga memaklumkan pengurusan rawatan pesakit di hospital berkenaan masih diteruskan dan berada dalam keadaan terkawal.

"Orang awam dinasihatkan untuk tidak hadir ke hospital sekiranya tiada urusan penting selain tidak menularkan berita tidak sahih supaya tidak mencetuskan kebimbangan dan kekeliruan dalam kalangan masyarakat," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619