AGENDA

3,000 petugas barisan hadapan bakal terima baucar pelancongan RM200

17 Dis 2020, 11:37 AM
3,000 petugas barisan hadapan bakal terima baucar pelancongan RM200

SHAH ALAM, 17 DIS: Sebanyak 3,000 baucar pelancongan bernilai RM200 setiap satu bakal diagihkan kepada petugas barisan hadapan di Selangor pada awal tahun depan.

Dato' Menteri Besar berkata inisiatif berjumlah RM600,000 tersebut sebagai menghargai pengorbanan mereka yang bertungkus-lumus bekerja bagi mengekang penularan Covid-19.

"Petugas barisan hadapan antaranya daripada Kementerian Kesihatan, polis serta tentera bekerja siang dan malam tanpa mengenal penat, jadi insiatif ini sedikit sebanyak menggembirakan mereka.

"Kita akan berhubung dengan ketua jabatan masing-masing untuk memilih siapa yang layak menikmati baucar ini," katanya.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata demikian pada Majlis Pelancaran Kempen Pelancongan Domestik 'Pusing Selangor Dulu' di Bilik Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor hari ini.

Pada 13 Julai, Kerajaan Negeri mengumumkan subsidi baucar pelancongan bernilai RM2 juta yang boleh ditebus di hotel, taman tema dan inap desa berlesen.

Baucar tersebut boleh ditebus menerusi platform e-dompet Touch 'n Go dan Lazada.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619