AGENSI

Temu duga fizikal Karnival Kerjaya Subang Jaya Sabtu ini tangguh

17 Dis 2020, 2:31 AM
Temu duga fizikal Karnival Kerjaya Subang Jaya Sabtu ini tangguh
Temu duga fizikal Karnival Kerjaya Subang Jaya Sabtu ini tangguh

SHAH ALAM, 17 DIS: Temu duga fizikal Karnival Kerjaya Subang Jaya yang dijadualkan Sabtu ini ditunda susulan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kata penyalaras program.

Saliza Abdullah berkata tarikh baru akan diumumkan kelak bergantung keadaan dan situasi semasa pandemik Covid-19.

“Temu duga ini sepatutnya berlangsung di tingkat 3, Da Men USJ namun kita terikat dengan PKPB.

“Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan menerusi Facebook Page BG Capital Holdings Sdn Bhd atau email ke admin@bgcapital.com.my atau WhatApps di nombor 012-5060030,” katanya kepada SelangorKini hari ini.

Temu duga fizikal dijalankan bagi memberi peluang individu yang tidak dapat mengikuti temu duga secara dalam talian pada 8,9 dan 10 Disember lalu berikutan masalah teknologi.

Karnival dengan kerjasama Majlis Bandaraya Subang Jaya dan beberapa syarikat itu dijalankan bagi mengatasi masalah pengangguran serta membantu individu hilang kerja mempunyai sumber pendapatan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619