AGENSI

Kerja ganti injap di Sabak Bernam selesai jam 8 malam

16 Dis 2020, 3:13 AM
Kerja ganti injap di Sabak Bernam selesai jam 8 malam

SHAH ALAM, 16 DIS: Kerja penggantian enam unit injap di Jalan Besar Belia, Sungai Panjang dijangka siap dilaksanakan jam 8 malam ini.

Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) memaklumkan kerja bermula jam 10 pagi tadi turut meliputi pemasangan satu injap baharu di Parit 13.

"Bekalan air akan mula disalurkan kepada pengguna sejurus kerja-kerja tersebut selesai," kata Ketua Komunikasi Korporatnya Elina Baseri dalam kenyataan.

Pada 11 Disember, Air Selangor memaklumkan gangguan bekalan melibatkan 38 kawasan di Sabak Bernam susulan penggantian injap bagi memastikan sistem agihan dalam keadaan optimum.

Status terkini bekalan air boleh didapati melalui laman web www.airselangor.com, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi pusat perhubungan Air Selangor di talian 15300.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619