AGENDA

Jumlah penumpang udara susut 84.2 peratus pada November

16 Dis 2020, 12:16 AM
Jumlah penumpang udara susut 84.2 peratus pada November

KUALA LUMPUR, 16 DIS: Pergerakan penumpang di rangkaian lapangan terbang Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) merosot 84.2 peratus dari tahun ke tahun kepada 1.8 juta pada November 2020, berbanding 11.55 juta sebelumnya dengan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pergerakan penumpang domestik jatuh 78.3 peratus dari tahun ke tahun kepada 1.3 juta pada bulan yang ditinjau, manakala trafik penumpang antarabangsa turun 90.6 peratus dari tahun ke tahun kepada hanya 0.5 juta penumpang.

"Sejak dua belas bulan lepas, jumlah pergerakan penumpang di rangkaian lapangan terbang MAHB berkurangan sebanyak 61.9 peratus kepada 53.6 juta penumpang.

"Pelanjutan PKP sehingga 6 Disember 2020 merentasi lokasi utama di Malaysia terus menjejaskan pemulihan lalu lintas," kata pengendali lapangan terbang itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia semalam.

Trafik penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mencatatkan penurunan sebanyak 97.8 peratus dari tahun ke tahun kepada 113,000 pada November, manakala klia2 merekodkan hanya 31,000 penumpang, kejatuhan 98.8 peratus dari tahun ke tahun.

Bagaimanapun, KLIA mengalu-alukan penerbangan semula Cathay Pacific Airways dengan satu penerbangan setiap minggu, selepas ketiadaan selama tiga tahun, katanya.

MAHB ketika mengulas mengenai operasi di luar negara berkata pergerakan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gökçen (SGIA) Istanbul sedikit terjejas akibat pengenalan semula perintah separa berkurung pada 20 November 2020, langkah yang dikenakan oleh kerajaan Turki berikutan peningkatan jumlah kes Covid-19 di seluruh negara itu.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619