ADN

PKPD tamat, wakil rakyat Meru tumpu selesai isu kebersihan

15 Dis 2020, 11:53 PM
PKPD tamat, wakil rakyat Meru tumpu selesai isu kebersihan

SHAH ALAM, 16 DIS: Isu kebersihan dan keselamatan penduduk berhampiran asrama pekerja kilang Top Glove di Meru, Klang antara tumpuan wakil rakyat kawasan itu.

Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata penduduk juga bimbang terhadap lambakan peniaga asing di kawasan sekitar yang diibaratkan seperti Dhaka di Bangladesh.

“Saya yakin jika kawasan tersebut bersih dan peniaga haram dihapuskan, keselesaan penduduk akan lebih terjamin. Saya akan berusaha memenuhi permintaan mereka," kata wakil rakyat Meru ketika dihubungi.

Sementara itu, beliau memaklumkan pengurusan syarikat pengeluar sarung tangan getah terbabit bersetuju memindahkan pekerja secara berperingkat ke asrama baharu di Meru dan Sepang.

“Kita juga minta mereka lebih sensitif berhubung pengurusan sampah termasuk bertanggungjawab atas kerugian ditanggung penduduk kesan pelaksanaan perintah kawalan,” kata Mohd Fakhrulrazi.

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di asrama Top Glove bermula 17 November ditamatkan kelmarin selepas mendapat nasihat dan penilaian Kementerian Kesihatan Malaysia.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619