ADN

3,000 pelajar B40 DUN Paya Jaras terima bantuan kelengkapan sekolah

15 Dis 2020, 10:09 AM
3,000 pelajar B40 DUN Paya Jaras terima bantuan kelengkapan sekolah

SHAH ALAM, 15 DIS: Seramai 3,000 pelajar dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras akan menerima bantuan kelengkapan sekolah sempena program Kembali ke Sekolah bagi sesi 2021.

Ahli Dewan Negeri Mohd Khairuddin Othman berkata sumbangan berupa baju sekolah, kasut, stokin, pelitup muka dan beg disalurkan dalam dua fasa iaitu pada 21 Disember dan 20 Januari tahun depan.

"Serahan bantuan ini disasarkan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah daripada keluarga berpendapatan rendah (B40). Kita harap dengan sumbangan ini ia sedikit sebanyak meringankan beban mereka," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata orang ramai yang ingin memohon boleh hadir ke Pusat Khidmat Masyarakat DUN Paya Jaras.

Tambahnya, pemohon mesti memenuhi kriteria utama iaitu ibu bapa dibuang kerja atau tidak bekerja serta ibu tunggal yang mempunyai anak yang masih bersekolah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619