AGENDA

Selgem rangkul anugerah geospatial antarabangsa 2020

15 Dis 2020, 8:03 AM
Selgem rangkul anugerah geospatial antarabangsa 2020
Selgem rangkul anugerah geospatial antarabangsa 2020

SHAH ALAM, 15 DIS: Projek Sistem Pengurusan Geospatial SmartSel (Selgem) menerima pengiktirafan antarabangsa apabila berjaya merangkul Anugerah Kecemerlangan Geospatial 2020 bagi kategori pentadbiran negeri.

Ahli Lembaga Pengarahnya Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi berkata anugerah itu mengiktiraf individu dan organisasi yang menghasilkan idea dan inovasi canggih dalam industri geospatial global.

"Selangor adalah negeri pertama di Malaysia yang mempunyai pengkalan data terlengkap dari segi topografi, utiliti dan demografi.

[caption id="attachment_453458" align="alignleft" width="351"] Ahli Lembaga Pengarah Selgem Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi[/caption]

"Ia menjadikan Selgem sebagai pusat geospatial setempat untuk mengenal pasti, merancang dan mengawal kawasan pembangunan rumah mampu milik, pengurusan sisa pepejal, saliran dan pengaliran sungai, perhutanan dan pertanian, pengurusan bencana dan pembangunan infrastruktur telekomunikasi serta utiliti," katanya dalam kenyataan.

Beliau menambah sistem itu dimanfaatkan secara meluas meliputi pengurusan bencana, pemuliharaan alam sekitar serta pemetaan utiliti sejajar dengan konsep Smart Selangor.

Majlis penganugerahan berkenaan diadakan secara virtual pada 6 Oktober lalu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619