AGENDA

KKM: Hulu Langat paling banyak zon merah

15 Dis 2020, 4:02 AM
KKM: Hulu Langat paling banyak zon merah
KKM: Hulu Langat paling banyak zon merah

SHAH ALAM, 15 DIS: Hulu Langat menjadi daerah paling banyak zon merah berikutan terdapat lima mukim merekodkan kes Covid-19, setakat semalam.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata ia membabitkan mukim Ampang, Kajang, Cheras, Semenyih dan Hulu Langat.

Menurutnya, Petaling juga merekodkan zon merah yang tinggi iaitu Bukit Raja, Damansara, Petaling dan Sungai Buloh.

"Sementara Klang, Gombak dan Kuala Langat masing-masing mencatatkan dua mukim zon merah. Bagi Kuala Selangor dan Sepang pula masing-masing hanya mempunyai satu zon merah," katanya menerusi Twitter.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Selangor terus menjadi penyumbang kes tertinggi Covid-19 selepas merekodkan 532 kes.

Daripada jumlah itu, sebanyak 303 kes dikesan dari kluster sedia ada serta lapan kes dari kluster baharu, kluster Solar Ria.

Sebanyak 109 kes dicatatkan dari saringan kontak rapat manakala 111 dari lain-lain saringan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619