PBT

Hulu Selangor unik, tawar banyak lokasi menarik

15 Dis 2020, 3:20 AM
Hulu Selangor unik, tawar banyak lokasi menarik

SHAH ALAM, 15 DIS: Hulu Selangor menawarkan pelbagai lokasi menarik dan unik berbanding kawasan pelancongan lain, menurut Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS).

Yang Dipertua Dr Mohd Azhar Mohamed Ali berkata antara lokasi menjadi tumpuan adalah Perigi Tujuh Serendah yang merupakan tapak warisan bersejarah di daerah itu.

"Selain tapak warisan bersejarah, daerah ini juga terkenal dengan aktiviti sukan lasak seperti mendaki, rakit redah jeram, berbasikal dan luncur udara di Kuala Kubu Bharu Paragliding Park, Kawasan Tapak Jejak Warisan dan Street Art," katanya dalam kenyataan.

Pada 12 Disember lalu, MDHS menerima lawatan kerja Menteri Pelancongan, Seni dan Kebudayaan, Datuk Seri Nancy Shukri ke daerah itu bagi meninjau potensi pembangunan aktiviti pelancongan.

Dr Mohd Azhar berkata, pihaknya berharap menerusi lawatan kerja tersebut dapat membantu pihak berkuasa tempatan itu memaju dan memperkenalkan lokasi pelancongan di Hulu Selangor.

"MDHS amat berbesar hati dengan kehadiran Yang Berhormat menteri dan diharap membantu pihak kami untuk memajukan industri ekopelancongan sekali gus meningkatkan bilangan pelancong," katanya.

Menerusi lawatan itu Nancy berkata Perigi Tujuh Serendah antara 11 butiran di Selangor yang diletakkan dalam senarai inventori Jabatan Warisan Negara untuk diangkat statusnya sebagai Tapak Warisan Kebangsaan.

“Sekiranya memenuhi kriteria, tapak ini boleh dicadangkan untuk diangkat statusnya menjadi warisan kebangsaan. Pewartaan ini boleh memberi nilai tambah kepada tarikan sektor pelancongan selain untuk memelihara dan melindungi khazanah warisan yang terdapat di tapak perigi tujuh itu,” katanya dalam kenyataan Ahad lalu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619