AGENDA

Kluster Genting tercetus selepas kes indeks rentas negeri - KKM

14 Dis 2020, 2:29 PM
Kluster Genting tercetus selepas kes indeks rentas negeri - KKM

KUALA LUMPUR, 14 DIS: Kluster Genting yang dikenal pasti baru-baru ini tercetus apabila kes indeks, iaitu seorang warga asing dari Bangladesh merentas negeri ke Genting Highlands, Pahang untuk melawat rakan-rakannya, seterusnya menjangkiti mereka.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan kes indeks merentas dari Selangor ke Genting Highlands, Pahang.

"Kluster Genting dikenal pasti iaitu kes indeks seorang warga asing Bangladesh merentas sempadan negeri dari Selangor ke Genting Highland, melawat dan menjangkiti rakan-rakan.

"PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan) dikuatkuasakan di Amber Court, Ria Apartment dan Rumah Kongsi Kg Semaut," katanya menerusi Twitter rasminya hari ini.

Pada 4 Disember lepas, Dr Noor Hisham memaklumkan kluster itu dilaporkan dikesan di Kuala Lumpur dan Pahang yang melibatkan Daerah Titiwangsa juga Bentong apabila kes indeks (kes ke-66878) dilapor positif pada 1 Disember hasil saringan tempat kerja.

Susulan itu, pada 9 Dis, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di ketiga-tiga kawasan membabitkan Apartmen Amber Court, Apartmen Ria dan Rumah Kongsi Kampung Semaut di Bentong, Pahang mulai 10 hingga 23 Disember ini.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619