AGENDA

KDN teliti jenis kamera badan diguna anggota polis

14 Dis 2020, 9:07 AM
KDN teliti jenis kamera badan diguna anggota polis

KUALA LUMPUR, 14 DIS: Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih meneliti beberapa jenis kamera badan yang ditawarkan beberapa syarikat peralatan itu untuk digunakan Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

"Kami masih menunggu lagi untuk (kelulusan) peruntukan bagi mendapatkan peralatan (kamera badan) berkenaan.

"Saya difahamkan ada beberapa syarikat telah pun menawarkan beberapa jenis kamera badan. Pihak kementerian (juga) sedang meneliti untuk memilih mana yang terbaik untuk digunakan PDRM," katanya dalam sidang media selepas Majlis Menandatangani Tatacara Tetap Operasi Op Benteng di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini.

Pada Julai lepas, Abdul Hamid dilaporkan berkata PDRM sedang dalam proses perolehan kemudahan itu di peringkat KDN untuk digunakan anggota polis ketika membuat rondaan terutamanya di kawasan bandar raya.

Selain kemudahan kamera badan untuk anggota polis ketika bertugas, kesemua kereta peronda PDRM juga akan dilengkapi dengan kemudahan kamera.

-BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619