AGENDA

MB: Kestabilan politik mudahkan usaha bantu rakyat

13 Dis 2020, 7:56 AM
MB: Kestabilan politik mudahkan usaha bantu rakyat

GOMBAK, 13 DIS: Kestabilan pentadbiran Kerajaan Negeri membolehkan usaha membantu golongan terjejas akibat Covid-19 berjalan lancar, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata berbeza dengan negeri lain, keutuhan serta muafakat dalam kalangan pemimpin di Selangor amat baik serta memudahkan perancangan pasca Covid-19.

"Kita tidak mahu kerajaan yang tidak stabil, sebab itu kita kena pertahankan mandat yang ada serta kukuhkan muafakat.

"Kerajaan yang tidak stabil menyebabkan wujudnya perasaan curiga antara satu sama lain, apabila tidak puas hati mula tukar kerajaan dan kita tidak mahu keadaan ini berlaku di Selangor," katanya berucap pada Siri Jelajah DUN Sungai Tua hari ini.

Beliau turut berkongsi kejayaan Selangor sebagai negeri paling awal mengumumkan bantuan kepada golongan sasaran menerusi pakej rangsangan ekonomi Selangor Prihatin berjumlah RM127.8 juta pada 20 Mac.

Pada 1 April Kerajaan Negeri mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin fasa kedua berjumlah RM272.5 juta diikuti pelan pemulihan ekonomi negeri jangka sederhana berjumlah RM260.14 juta pada 13 Julai yang memanfaatkan 3.5 juta rakyat di negeri ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619