AGENDA

MB: Sasar wujud 15,000 peluang kerja 2021, tangani pengangguran

13 Dis 2020, 7:34 AM
MB: Sasar wujud 15,000 peluang kerja 2021, tangani pengangguran

SHAH ALAM, 13 DIS: Sebanyak 15,000 peluang pekerjaan bakal diwujudkan di Selangor pada tahun depan menerusi pelbagai usaha menangani pengangguran, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata langkah tersebut adalah melaksanakan Program Selangor Kerjaya, Jom Kerja, Inisiatif Selangor Automotif TVET dan Selangor Freelancers

"Selangor Kerjaya dan Jom Kerja menawarkan sekitar 10,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor.

"Kerajaan Negeri juga membantu graduan teknologi automotif mendapat kerja menerusi program padanan kerja di bawah inisiatif Selangor Automotif TVET," katanya ditemui pemberita selepas mengadakan Siri Jelajah DUN Sungai Tua hari ini.

Beliau berkata Kerajaan Negeri juga membantu graduan dan individu diberhenti kerja menjana pendapatan menerusi pelbagai platform.

Pada 30 Oktober Amirudin berkata sejumlah RM76 juta diperuntuk bagi bagi membantu rakyat yang hilang pekerjaan susulan penularan Covid-19.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619