AGENSI

Kerja ganti injap baharu, 38 kawasan di Sabak Bernam alami gangguan

11 Dis 2020, 4:49 AM
Kerja ganti injap baharu, 38 kawasan di Sabak Bernam alami gangguan

SHAH ALAM, 11 DIS: Sebanyak 38 kawasan di Sabak Bernam akan mengalami gangguan bekalan air berjadual pada 16 Disember ini, maklum Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Ketua komunikasi korporatnya berkata ia bagi memberi laluan kerja penggantian dan pemasangan enam unit injap di Jalan Besar Belia dan satu injap baharu di Parit 13, Sungai Panjang bermula 10 pagi.

"Pelaksanaan kerja tersebut membolehkan sistem pengagihan bekalan air sentiasa berada dalam keadaan optimum.

"Penambahbaikan infrastruktur injap ini juga adalah sebahagian usaha Air Selangor dalam meningkatkan perkhidmatan terbaik demi keselesaan pengguna pada masa hadapan," kata Elina Baseri dalam kenyataan hari ini.

Beliau memaklumkan gangguan bekalan selama 16 jam akan pulih sepenuhnya jam 2 pagi hari berikutnya.

"Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air adalah berbeza mengikut kawasan bergantung pada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan.

"Air Selangor ingin menasihatkan pengguna terjejas untuk menyimpan bekalan secukupnya dan menggunakan air secara berhemat sepanjang tempoh berkenaan," katanya.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh merujuk semua saluran komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram, aplikasi Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com .

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619