AGENDA

Orang ramai perlu waspada panggilan palsu dakwa daripada 'EAIC'

10 Dis 2020, 8:11 AM
Orang ramai perlu waspada panggilan palsu dakwa daripada 'EAIC'

PUTRAJAYA, 10 DIS: Orang ramai dinasihatkan berwaspada dengan panggilan telefon mendakwa sebagai pihak Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) dan meminta sejumlah bayaran wang tunai bagi tujuan tertentu.

EAIC dalam kenyataan hari ini berkata ia susulan pihaknya menerima beberapa aduan daripada mangsa yang menerima panggilan palsu sejak kebelakangan ini.

"EAIC membuat laporan polis berhubung perkara ini dan berharap pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan menyiasat panggilan palsu ini bagi melindungi kepentingan orang awam serta menjaga reputasi EAIC," katanya.

Orang ramai yang menerima panggilan meragukan itu dinasihatkan agar berhati-hati dan mendapatkan pengesahan daripada EAIC menerusi talian dan alamat dipaparkan di portal rasmi www.eaic.gov.my.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619