AGENDA

Premis diroboh MPS disewakan RM2,000 sebulan

10 Dis 2020, 6:52 AM
Premis diroboh MPS disewakan RM2,000 sebulan
Premis diroboh MPS disewakan RM2,000 sebulan

RAWANG, 10 DIS: Pemilik asal stor barang lusuh dan kilang pembuatan pintu di Batu 17 yang dirobohkan hari ini dipercayai menyewakan premis itu pada kadar RM2,000 sebulan.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor berkata pemilik mendirikan struktur dan beroperasi tanpa kebenaran atas rizab Sungai Rawang sejak 20 tahun lalu.

"Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Gombak sudah beberapa kali mengeluarkan notis Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965 untuk mengosongkan kawasan tersebut namun mereka masih enggan berbuat demikian sehingga memaksa tindakan penguatkuasaan dibuat.

"Pemilik premis memberi kerjasama baik dan tidak mencetuskan sebarang provokasi sepanjang operasi berjalan," katanya ketika ditemui selepas meninjau perobohan kedua-dua premis hari ini.

Operasi bersepadu bermula kira-kira 10 pagi diketuai PTD Gombak dan dibantu MPS, polis, Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

[caption id="attachment_452844" align="alignnone" width="743"] Jengkaut merobohkan stor barang lusuh dan kilang pembuatan pintu yang beroperasi secara haram di Batu 17, Rawang ketika operasi bersepadu pembangunan tanpa kebenaran oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Gombak pada 10 Disember 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Shamsul Shahril juga menggesa pengusaha kilang yang berhasrat membuka penempatan supaya mematuhi peraturan dengan menyemak status tanah dan mendapatkan kebenaran merancang pembangunan.

"Mereka (pengusaha) perlu semak daripada segi syarat nyata tanah sama ada (tanah) untuk kegunaan kediaman, industri atau tanah kerajaan termasuk pengezonan meliputi perumahan dan kedai.

"Kita mengharapkan kepada sesiapa sahaja yang mahu buka kilang untuk merujuk kepada PTD dan MPS dengan bayaran semakan pelan hanya RM20," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619