AGENDA

Maeps diaktifkan semula sebagai pusat kuarantin, rawatan Covid-19

9 Dis 2020, 11:22 AM
Maeps diaktifkan semula sebagai pusat kuarantin, rawatan Covid-19

SHAH ALAM, 9 DIS: Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) diaktifkan semula sebagai langkah berjaga-jaga, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata persediaan tersebut susulan saringan besar-besaran dalam kalangan warga asing di Lembah Klang.

"PKRC dibuka dengan kapasiti maksima sebanyak 1,000 buah katil. Pembukaan fasa pertama bermula hari ini dengan kapasiti 650 buah katil yang akan ditambah secara berperingkat.

"Kita jangkakan 400 pesakit akan di tempatkan di PKRC pada minggu ini termasuk 250 pesakit warga asing yang sebelum ini diasingkan di Institut Latihan KKM (ILKKM) Sungai Buloh," katanya pada sidang media hari ini.

PKRC Serdang ditutup pada 15 Julai selepas digunakan sebagai pusat kuarantin kumpulan susulan kewujudan kluster tiga Depoh Tahanan Imigresen (DTI) masing-masing di Bukit Jalil, Semenyih dan Sepang.

Sejak dibuka pada 16 April, pusat tersebut merawat 1,362 pesakit melibatkan 86 peratus warga asing.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619