AGENDA

Malaysia perlu ada keupayaan bangunkan vaksin sendiri

8 Dis 2020, 11:53 PM
Malaysia perlu ada keupayaan bangunkan vaksin sendiri

KUALA LUMPUR, 9 DIS: Malaysia perlu mempunyai keupayaan membangunkan vaksin sendiri pada masa depan bagi mengelakkan negara terpaksa bergantung kepada pihak luar sekiranya berlaku wabak baharu.

Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika (TIDREC) Universiti Malaya Prof Dr Sazaly Abu Bakar berkata negara mempunyai ramai pakar dalam membangunkan penyelidikan mengenai vaksin tetapi terbantut oleh kekangan teknologi dan kos yang tinggi.

Beliau berkata vaksin Covid-19 sebagai contoh, kini boleh dibangunkan dalam masa tidak sampai setahun dengan menggunakan teknologi terkini berbanding teknologi lama yang memakan masa lapan hingga 15 tahun.

“Kos membangunkan vaksin dengan menggunakan teknologi terkini adalah tinggi dan sekiranya mahu berkecimpung (dalam penghasilan vaksin) kita terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk tujuan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Ruang Bicara bertajuk ‘Inovasi Vaksin Pandemik’ terbitan Bernama TV malam tadi.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619