AGENSI

50 peratus kawasan terjejas terima bekalan air

8 Dis 2020, 1:16 PM
50 peratus kawasan terjejas terima bekalan air

SHAH ALAM, 8 DIS: Sebanyak 50 peratus daripada 861 kawasan terjejas menerima bekalan air sehingga jam 6 petang tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata kawasan berdekatan dengan loji rawatan air (LRA) di Kuala Selangor menerima bekalan sebanyak 94 peratus.

"Bekalan air di Kuala Lumpur pula pulih 75 peratus, Petaling (67 peratus), Gombak (42 peratus) dan Klang/Shah Alam (21 peratus).

"Kawasan Hulu Selangor dan Kuala Langat pula masih belum menerima bekalan air," katanya dalam kenyataan.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang http://www.airselangor.com atau aplikasi Air Selangor. Mereka juga boleh merujuk semua saluran komunikasi rasmi syarikat itu di media sosial Facebook, Instagram dan Twitter.

LRA Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas akibat pencemaran Sungai Selangor mulai tengah malam tadi. Namun dalam tempoh lima jam, semua loji ini berjaya beroperasi semula selewat-lewatnya jam 5 pagi tadi.

Kawasan-kawasan yang menerima air berperingkat selepas bekalan distabilkan seperti dimuatkan di Facebook syarikat berkenaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619