AGENDA

Ringgit diniaga tinggi 4.0690/0740 berbanding dolar AS

8 Dis 2020, 2:59 AM
Ringgit diniaga tinggi 4.0690/0740 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 8 DIS: Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS hari ini berikutan permintaan yang lemah terhadap dolar AS di tengah-tengah sentimen yang turun naik ke atas mata wang tempatan, kata penganalisis.

Pada 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.0690/0740 berbanding dolar US daripada 4.0700/0740 sewaktu ditutup pada Isnin.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi Stephen Innes berkata pemulihan ringgit daripada penurunan penarafan kredit oleh Fitch Ratings baru-baru ini mungkin akan mengambil masa, bagaimanapun, indeks ringgit menunjukkan ia bergelut untuk menebus penyusutan itu selepas meningkat pada minggu lepas.

“Selera risiko tempatan turut bergelut untuk mencari hala tuju di tengah-tengah berita penting mengenai Brexit, peningkatan kes Covid-19 dan kemungkinan sekatan lanjut Amerika Syarikat (AS) ke atas para pegawai China (dengan pandangan daripada satu sudut dan berharap wujudnya rangsangan fiskal AS dan kelulusan vaksin AS),” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0434/0473 daripada 3.0403/0442 sewaktu ditutup pada Isnin dan rendah berbanding pound Britain kepada 5.4337/4408 daripada 5.3997/3054.

Ringgit susut berbanding euro kepada 4.9263/9336 daripada 4.9210/9275 semalam dan rendah berbanding yen Jepun kepada 3.9099/9150 daripada 3.9022/9072 sebelum ini.

-BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619