AGENSI

Aduan paip pecah berkurang sejak 2016 - Air Selangor

7 Dis 2020, 4:20 AM
Aduan paip pecah berkurang sejak 2016 - Air Selangor

SHAH ALAM, 7 DIS: Aduan berkaitan paip pecah semakin berkurangan apabila hanya 2,000 aduan direkodkan pada 2019 berbanding 5,000 pada 2016.

Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Suhaimi Kamaralzaman berkata pengurangan itu hasil kerja penggantian paip lama yang dilakukan dalam tempoh berkenaan.

"Sejak 2016 hingga Ogos tahun ini, kita telah membelanjakan kira-kira RM1.8 bilion untuk membaik pulih serta mengganti paip lama, memulihkan Loji Rawatan Air dan kolam takungan air.

"Tindakan ini juga berjaya mengurangkan kadar purata tahunan air tidak berhasil (NRW) kepada 29.6 peratus berbanding 31.6 peratus yang dicatatkan pada 2018," katanya menerusi sebuah rancangan televisyen malam tadi.

Pada 19 Ogos lalu, Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata Selangor sudah menggantikan 400 kilometer paip usang sejak 2016.

Operasi itu memfokuskan kawasan berisiko tinggi termasuk lokasi kerap mengalami tekanan air tidak stabil.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619