AGENSI

Asnaf fakir terlibat kemalangan dapat bantuan kerusi roda

5 Dis 2020, 5:30 AM
Asnaf fakir terlibat kemalangan dapat bantuan kerusi roda

SHAH ALAM, 5 DIS: Lembaga Zakat Selangor (LZS) daerah Hulu Selangor menyerahkan bantuan kerusi roda kepada seorang wanita asnaf fakir di Serendah, baru-baru ini.

Agensi itu melalui kenyataan di Facebook memaklumkan wanita dikenali sebagai Huda terlibat dalam kemalangan motosikal dan menjalani pembedahan kepala di Hospital Selayang.

Lebih menyedihkan, asnaf itu disahkan menghidap kanser payudara tahap empat dan memerlukan rawatan di Hospital Kuala Lumpur secara berjadual.

"Ketika ini beliau dijaga oleh Puan Hana yang juga asnaf fakir sebaik mungkin. Berdasarkan rekod terkini, dua insan istimewa ini merupakan penerima bantuan LZS sejak 2015," maklum agensi itu.

Agensi tersebut berkata antara bantuan diterima ialah kewangan, makanan, sewa rumah, hari raya, perubatan bulanan dan tambang perjalanan ke hospital.

Pada masa sama, LZS berterima kasih kepada semua pengeluar zakat yang melaksana tanggungjawab bagi membantu insan memerlukan.

Bayaran zakat boleh dibuat di cawangan LZS berhampiran atau dalam talian melalui pautan ttps://fpx.zakatselangor.com.my.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619