ADN

Wakil rakyat Sentosa bantu 86 pengusaha van sekolah terjejas

5 Dis 2020, 3:06 AM
Wakil rakyat Sentosa bantu 86 pengusaha van sekolah terjejas

SHAH ALAM, 5 DIS: Penutupan sekolah dalam tempoh panjang susulan penularan Covid-19 menjejaskan pendapatan 86 pemandu van di Kampung Jaya dan Taman Sentosa, Klang.

Bagaimanapun, kesukaran mereka mendapat perhatian wakil rakyat Sentosa G Gunarajah yang menyerahkan sumbangan barangan dapur semalam.

"Penutupan sekolah berikutan Covid-19 memberi tamparan hebat kepada pemandu van sehingga mereka terpaksa memohon bantuan.

"Saya akan pertimbang inisiatif lain untuk mereka jana pendapatan antaranya kerjasama dengan Pos Laju atau Lalamove bagi penghantaran barang," katanya ketika dihubungi.

Gunarajah berharap kerajaan persekutuan dapat membantu pemandu van melalui insentif sekali bayar atau melanjutkan moratorium.

Menurutnya, perkara itu juga akan diusul kepada Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari dan dibawa ke sidang Dewan Negeri Selangor jika perlu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619