AGENSI

Kes baharu Covid-19 di Hulu Langat hampir tiga kali ganda

3 Dis 2020, 12:10 PM
Kes baharu Covid-19 di Hulu Langat hampir tiga kali ganda

SHAH ALAM, 3 DIS: Kes baharu Covid-19 di Hulu Langat melonjak naik hampir tiga kali ganda apabila mencatat 144 kes hari ini berbanding 52 semalam.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor berkata penyumbang terbesar disebabkan peningkatan jumlah kes di mukim Kajang iaitu 136 kes tempatan iaitu antaranya membabitkan Kluster Hentian (59) dan Kluster Penjara Jalan Harapan (35).

"Klang kekal menjadi daerah tertinggi merekodkan 194 kes dengan 164 daripadanya dari mukim Klang dan mukim Kapar 30 kes.

"Sementara itu Petaling pula 83 kes, Gombak (21), Sepang (lapan), Kuala Langat (lima), Kuala Selangor (tiga) dan Hulu Selangor (satu)," kata jabatan itu menerusi Facebook.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Selangor merekodkan 459 kes baharu hari ini sekali gus mengekalkannya sebagai negeri tertinggi mencatat kes harian Covid-19.

Ia berpunca dari kluster sedia ada dengan mencatat 307 kes, lain-lain saringan (97), saringan kontak rapat (54) dan kes import (satu).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619