AGENSI

Kluster Teratai: KKM kesan 150 kes Covid-19 dalam komuniti, babit dua generasi

2 Dis 2020, 2:08 PM
Kluster Teratai: KKM kesan 150 kes Covid-19 dalam komuniti, babit dua generasi

SHAH ALAM, 2 DIS: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 150 kes Covid-19 yang dikenal pasti sebagai jangkitan dalam komuniti berpunca daripada Kluster Teratai.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata setakat ini KKM menjalankan 6,609 saringan untuk Kluster Teratai dan daripada jumlah itu sebanyak 5,083 dikesan positif.

Katanya penularan itu berlaku berikutan terdapat 164 pekerja warga tempatan dalam kluster berkenaan yang tidak tinggal di asrama seperti pekerja warga asing.

"Kesemua pekerja berkenaan pulang ke rumah masing-masing sekali gus menjangkiti ahli keluarga mereka.

"Siasatan dibuat menemui jangkitan terbabit menyebabkan dua generasi dijangkiti sekali gus menyebabkan lebih kurang 150 kes membabitkan warganegara," kata ketua pengarah kesihatan dalam sidang media, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, KKM juga sedang membuat saringan di peringkat komuniti di Meru, Klang bagi mencegah penularan Covid-19.

"Kita berharap dapat membendung penularan jangkitan dalam komuniti. Setakat ini, hanya komuniti terlibat di Selangor dan Kuala Lumpur kerana pekerja tempatan pulang ke rumah di kawasan itu dan jangkitan bermula dalam keluarga serta komuniti,” katanya.

Kluster Teratai dikesan pada 7 November lalu membabitkan pekerja kilang Top Glove di Jalan Teratai, Meru, Klang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619