AGENDA

PKPB: Kerajaan pertimbang cadangan buka perpustakaan awam

2 Dis 2020, 10:28 AM
PKPB: Kerajaan pertimbang cadangan buka perpustakaan awam

SHAH ALAM, 2 DIS: Kerajaan Persekutuan sedia mempertimbangkan cadangan supaya perpustakaan awam di lokasi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dibuka semula.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata cadangan itu akan dibawa kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk diperhalusi.

"Di kawasan PKPB, perhimpunan dalam kawasan tertutup (seperti perpustakaan) adalah tidak dibenarkan. Oleh sebab ia tempat tertutup, cadangan ini akan dibawa kepada kementerian berkaitan untuk dipertimbangkan sama ada ia boleh dibuka atau tidak.

"Kita juga perlu dapat pandangan daripada KKM, saya akan bangkitkan cadangan ini," katanya dalam sidang media, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan media susulan terdapat permintaan daripada orang awam terutamanya pelajar supaya perpustakaan dibuka semula bagi kemudahan mendapatkan bahan rujukan dan akses internet bagi persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619